12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup

Kerja-kerja pembersihan dilakukan di sebuah kelas.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan di sebuah kelas.
A
A
A

JEMPOL - Sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bahau di sini diarahkan tutup selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkuat kuasa Jumaat lalu.

"Sekolah ini mempunyai 419 murid yang mana pada peringkat awalnya seramai lapan murid dikesan dijangkiti HMFD melibatkan penutupan tiga buah kelas pada Khamis.

"Bagaimanapun keesokkannya empat lagi murid dikesan dijangkiti penyakit sama sebelum semua kelas membabitkan 17 kelas ditutup," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.

Kakitangan kesihatan membuat kerja pembersihan di semua kelas di sebuah SJKC di Bahau pada Jumaat.
Kakitangan kesihatan membuat kerja pembersihan di semua kelas di sebuah SJKC di Bahau pada Jumaat.

Katanya, setakat ini hanya sekolah itu yang ditutup sementara susulan HFMD.

"Saya pohon semua ibu bapa yang terlibat supaya sentiasa memberi perhatian kepada kesihatan anak-anak, sentiasa mengawasi mereka dan mengambil nasihat daripada pihak kesihatan," katanya.

Pada Jumaat, satu notis penutupan sekolah telah dikeluarkan PKD Jempol bermula Jumaat hingga Isnin untuk tujuan menjalankan kerja-kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Artikel Berkaitan:

Arahan itu selaras dengan kuasa di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!