Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas. Foto fail Bernama
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas. Foto fail Bernama
A
A
A

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

Istana Arau dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan ia berikutan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan kemudiannya akan melalui proses rehabilitasi selepas itu.

"Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru agar semua rakyat negeri Perlis memberikan sokongan yang penuh kepada anakanda baginda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang akan menggalas amanah sebagai Pemangku Raja Perlis bagi pihak baginda bermula pada 15 Mei 2024.

"Tempoh pemangkuan Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah untuk selama empat bulan ketika Tuanku Raja akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan seterusnya melalui proses rehabilitasi selepas itu," menurut kenyataan itu.

Raja Perlis turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, kaum kerabat Diraja, para sahabat handai dan khususnya rakyat Perlis yang dikasihi atas doa dan ucapan sempena sambutan Ulang tahun Keputeraan Raja Perlis itu yang ke-81 semalam.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Perlis, Jalan Raja Muda di sini malam tadi, menurut kenyataan itu.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: