Debar menanti sidang Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga Parlimen ke-15 bakal jadi tumpuan.
Sidang Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga Parlimen ke-15 bakal jadi tumpuan.
A
A
A

SHAH ALAM - Minggu depan atau lebih tepat Isnin ini akan berlangsung sidang Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga Parlimen ke-15 setelah ditangguhkan Mac lalu.

Sudah tentu banyak perkara yang menjadi perhatian antaranya isu urusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc. melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Selain itu turut dinantikan adalah keputusan Speaker, Tan Sri Johari Abdul berkaitan notis kekosongan enam kerusi Parlimen yang diserahkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tumpuan kini akan terarah kepadanya untuk menentukan sama ada berlalu kekosongan kerusi atau sebaliknya.

Johari mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menilai secara terperinci sama ada wujud atau sebaliknya aspek kekosongan setelah menerima notis berkenaan.

Semestinya, beliau tiada kuasa yang mutlak ekoran masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

Segala implikasi terhadap keputusannya kelak bakal dijangka menjadi topik hangat dibincangkan dalam satu tempoh masa.

Seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang sudah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri, tindakan itu kelak akan menjadi kayu pengukur kepada kepatuhan Perlembagaan.

Artikel Berkaitan:

Apapun, berbaki dua hari lagi perkara itu akan menjadi buah mulut sehingga satu keputusan solid diputuskan oleh Johari kelak.

Sama ada wujud keseragaman dalam pelaksanaan peraturan DUN dan Dewan Rakyat, sama-sama kita nantikan.

Sebagaimana pandangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan, satu krisis Perlembagaan berkemungkinan akan tercetus sekiranya keputusan speaker DUN Kelantan tidak dituruti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!