Tindakan Mohd Azizi sia-sia - Bersatu Kelantan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Mohd Noor melihat tindakan Mohd Azizi Abu Naim untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berhubung pengosongan kerusi Nenggiri berkuatkuasa Rabu lalu sebagai sia-sia.

Beliau berkata, hal ini kerana Speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan ia sudah muktamad serta tidak boleh dicabar.

"Soal nak cabar itu hak dia (Mohd Azizi)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Terdahulu, Mohd Azizi akan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini bagi mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan berhubung pengosongan kerusi tersebut berkuatkuasa Rabu lalu.

Beliau berkata, peguam sudah pun dilantik untuk mengendalikan kes berkenaan.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan barisan pasukan peguam untuk mengendalikan kes tersebut," katanya.

Rabu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Mohd Azizi pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, notis itu memaklumkan mengenai hilang keahlian Bersatu menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

PRN lalu Mohd Azizi dari Pas menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!