Bekas penyerang Itali Roberto Baggio cedera dirompak

Roberto Baggio. Foto Getty Images
Roberto Baggio. Foto Getty Images
A
A
A

LEGENDA Itali, Roberto Baggio cedera selepas diserang penjenayah dalam insiden rompakan di rumahnya di kawasan luar bandar berhampiran Vicenza pada Khamis.

Ketika kejadian, pemenang Ballon d'Or 1993 itu sedang menonton perlawanan Euro 2024 antara Itali dan Sepanyol bersama keluarganya, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Seorang daripada lima individu bersenjata dilaporkan memukul Baggio di kepala dengan senjata api selepas dia cuba menghalang rompakan itu.

Penjenayah kemudian mengunci bekas penyerang Itali itu dan keluarganya dalam sebuah bilik sebelum meneruskan rompakan.

Pemain berusia 57 tahun itu berjaya memecahkan pintu apabila kumpulan perompak meninggalkan rumahnya dan menghubungi polis Carabinieri. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!