Bayi 12 bulan terkunci hampir sejam dalam kereta

Anggota bomba bertungkus-lumus membuka pintu kereta yang terkunci.
Anggota bomba bertungkus-lumus membuka pintu kereta yang terkunci.
A
A
A

PENAMPANG - Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan terkunci dalam kereta hampir satu jam di sebuah kawasan perumahan di Jalan Bundusan di sini, pada Khamis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, bayi tersebut berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, seramai enam anggota dikejar ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.30 petang.

No Image Caption

"Bayi tersebut terkunci selama 40 minit ketika cubaan membuka pintu kereta dilakukan oleh pengadu.

"Usaha membuka pintu itu gagal sebelum mereka memanggil pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Katanya lagi, operasi menyelamat segera dilakukan sebaik tiba di lokasi.

"Angota membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan bayi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!