Sana-sini mengeluh hidup susah, tapi berlagak mewah

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

BOLEH dikatakan setiap hari Merak Jalanan dengar keluhan dan rintihan di mana-mana - harga barang naik, gaji tak cukup, hidup semakin sukar.

Tapi ironinya, di sebalik semua keluhan ini, pusat beli-belah tetap penuh sesak, restoran mahal tidak pernah kosong dan gajet mewah laku terjual.

Merak Jalanan tidaklah menafikan keadaan ekonomi sekarang yang mencabar. Harga barang keperluan meningkat, ada subsidi mula ditarik dan gaji bulanan rasa seperti secebis roti yang semakin nipis.

Peliknya, rakyat yang mengeluh kononnya hidup susah ini masih boleh membeli telefon pintar terbaharu yang harganya sama dengan sewa rumah sebulan, melancong di dalam dan luar negara setiap kali cuti sekolah dan membeli macam-macam barang di platform dalam talian.

Bukankah ini suatu paradoks yang menarik?

Sikap ‘hidup susah tapi berlagak mewah’ ini mungkin boleh dirungkaikan daripada pelbagai sudut.

Mungkin keluhan ini lebih kepada satu bentuk penyataan dramatik untuk meraih simpati atau perhatian.

Lebih sedap cerita yang dibawa ke media-media sosial bila kita merintih tentang betapa terhimpitnya kehidupan, sambil memuat naik status makan di kafe hipster, dan tiap kali ada sales tak pernah ketinggalan.

Merak Jalanan simpulkan bahawa walaupun hidup dalam kesempitan, berpura-pura mewah di alam maya menjadi satu kemestian.

Namun, di sebalik sindiran ini, Merak Jalanan bukanlah bermaksud untuk menafikan bahawa rakyat sedang menghadapi situasi ekonomi tidak menentu dan sesetengah orang benar-benar terhimpit.

Artikel Berkaitan:

Tetapi, bukankah lebih baik jika kita lebih jujur dan realistik dalam menjalani kehidupan?

Hidup ini bukanlah satu perlumbaan siapa lebih mewah, tapi bagaimana kita menguruskan apa yang kita ada dengan bijak dan berhemah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!