Liverpool waspada gigitan Wolves

Van Dijk (dua dari kanan) tidak mahu para pemain Liverpool memandang mudah cabaran Wolves menjelang kunjungan The Reds ke Stadium Molineux awal pagi Jumaat ini.
Van Dijk (dua dari kanan) tidak mahu para pemain Liverpool memandang mudah cabaran Wolves menjelang kunjungan The Reds ke Stadium Molineux awal pagi Jumaat ini.
A
A
A

LIVERPOOL tidak sesekali memandang rendah keupayaan Wolverhampton Wanderers apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux awal pagi Jumaat ini.

Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk berkata, pertemuan menentang Wolves bukan satu tugas mudah buat skuad The Reds, apatah lagi lawan mereka itu kini berada di kemuncak prestasi.

Menurut Van Dijk, skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu mempunyai rekod cemerlang musim ini apabila mencipta kejutan setiap kali berdepan kelab gergasi EPL.

“Saya akui Liverpool dalam momentum positif dalam mengharungi baki saingan liga, namun kami tidak boleh mengambil mudah menentang lawan seperti Wolves yang pastinya mahu terus mencipta kejutan.

“Mereka sentiasa memberi persembahan terbaik apabila menentang kelab-kelab utama. Saya harus memberi tabik hormat kepada mereka kerana memiliki barisan pemain dan pengurus yang hebat.

“Perlawanan menentang Wolves kebiasaannya sengit kerana mereka sebuah kelab yang memiliki karakter melawan tinggi. Jadi kami harus bersedia dari segi mental dan fizikal di Molineux nanti,” katanya.

Van Dijk (tengah) tidak mahu para pemain Liverpool memandang mudah cabaran Wolves awal pagi Jumaat ini.
Van Dijk (tengah) tidak mahu para pemain Liverpool memandang mudah cabaran Wolves awal pagi Jumaat ini.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam enam pertemuan terakhir juga lebih berpihak kepada Liverpool. Pada aksi di Anfield bulan lalu, skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya mengatasi Wolves 1-0 hasil jaringan Sadio Mane pada penghujung babak pertama.

Artikel Berkaitan: