IOI Properties rasmi Central Park mesra haiwan peliharaan

Central Park di IOI Resort City telah direka untuk memberi manfaat kepada orang ramai, penduduk dan pelawat, dengan kemasukan percuma
Central Park di IOI Resort City telah direka untuk memberi manfaat kepada orang ramai, penduduk dan pelawat, dengan kemasukan percuma
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pembangunan hartanah, IOI Properties Group Bhd merasmikan pembukaan Central Park dengan keluasan 4.05 hektar tanah milik IOI Resort City, Putrajaya sebagai inisiatif zon mesra haiwan peliharaan kepada komuniti dan orang awam.

Kemudahan itu terletak bersebelahan dengan Palm Garden Hotel dan hanya beberapa langkah dari IOI City Mall.

Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hartanah IOI Resort City, Ho Kwok Wing berkata, mercu tanda gaya hidup tersebut memenuhi keperluan semua dengan menyediakan pelbagai kemudahan beriadah yang sesuai untuk mereka.

“Central Park ialah tawaran terbaru kami yang melengkapkan landskap rekreasi dan riadah IOI Resort City.

“Kami mereka bentuknya sebagai inisiatif membuat tempat untuk komuniti berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dalam ruang sosial yang kondusif sambil berehat dan bersantai di tengah-tengah kehijauan yang tenang, pemandangan tasik yang indah dan kemudahan sukan yang menarik,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kwok Wing (tiga dari kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, IOI Kumpulan Hartanah, Teh Chin Guan (tiga dari kanan) serta Ketua Jualan, Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan, Nicole Lee Chee Yiing (dua dari kanan) ketika pembukaan Central Park.

Ujar Kwok Wing, Central Park merangkumi halaman terbuka, taman permainan, trek hutan, taman bunga dan ruang rekreasi lain.

Menurutnya, ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan sukan seperti taman rekreasi untuk sukan papan luncur dan basikal serta gelanggang bola keranjang, badminton dan futsal.

Artikel Berkaitan:

“Pencinta haiwan juga akan menghargai zon mesra haiwan peliharaan, di mana haiwan-haiwan kesayangan mereka boleh berkeliaran dan mencuba pelbagai halangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ulasnya, semasa pembukaan taman berkenaan, seramai lebih 1,000 pelawat dan ahli hadir ke Central Park di IOI Resort City bagi menikmati pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Pembukaan Central Park menyaksikan keluarga datang bersama-sama menikmati pagi yang bertenaga dan ceria dengan senaman tarian zumba.
Pembukaan Central Park menyaksikan keluarga datang bersama-sama menikmati pagi yang bertenaga dan ceria dengan senaman tarian zumba.

“Central Park di IOI Resort City adalah milik peribadi dan diuruskan oleh IOI Properties Group untuk faedah orang ramai, penduduk, dan pelawat.

“Pendaftaran adalah percuma, dan semua dialu-alukan untuk menikmati kemudahan yang mencukupi dan pengalaman membentuk tempat yang telah kami ciptakan untuk komuniti," ulasnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IOI Resort City, boleh layari https://www.ioiproperties.com.my/township/ioi- resort-city or call 03-8947 8899

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!