Menteri terharu sokongan hidupkan semangat perpaduan

Laporan muka depan berkaitan kempen Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni yang digerakkan Sinar Harian.
Laporan muka depan berkaitan kempen Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni yang digerakkan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Kempen Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni yang dilancarkan Kumpulan Karangkraf disifatkan sebagai pelengkap kepada kempen #PilihPerpaduan yang telah diilhamkan Kementerian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, ia sejajar dengan usaha yang dilakukan pihaknya sejak Februari 2019 melalui perbincangan yang telah diadakan dengan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan penduduk dan korporat bagi mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan perpaduan negara.

Menurutnya, pihaknya amat terharu dengan sokongan daripada Sinar Harian dalam menghidupkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Usaha ini sekali gus mendokong aspirasi kerajaan untuk membina sebuah komuniti yang sentiasa memahami dan menghormati kepelbagaian agama, adat resam dan budaya yang selama ini menjadi tunjang belakang kekuatan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Baru-baru ini Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menganjurkan kempen berkenaan bagi menyatupadukan etnik di negara ini dan mendapat sokongan pemimpin di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Surat buat Pencinta Negara

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia menjiwai Rukun Negara melalui kempen terbabit selain mencadangkan tarikh 13 Mei 2020 dijadikan sebagai Hari Merayakan #MalaysiaHarmoni.

Sementara itu, Waytha Moorthy bersetuju dengan saranan Hussamuddin untuk menjadikan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan dan berharap agar setiap rakyat Malaysia dapat mengukuhkan semula keakraban dan kepersepakatan yang telah dibina selama ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, satu sesi perjumpaan meja bulat akan diadakan dalam waktu terdekat bagi menggembleng tenaga semua pihak berkepentingan demi menjayakan visi Perpaduan dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Saya berharap agar lebih banyak badan korporat dan individu berpengaruh dapat bersama-sama kerajaan merealisasikan harapan memperbaiki dan meningkatkan kesefahaman antara kaum, menghapuskan unsur-unsur negatif dalam perhubungan seharian demi membina sebuah komuniti yang benar-benar inklusif dan seimbang,” katanya.