[VIDEO] Penurunan harga telur: Jangkaan Muhyiddin meleset

A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga telur dan bukan pakej ekonomi yang lebih komprehensif kepada rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, selepas penarikan balik subsidi diesel bukan harga telur sahaja meningkat tetapi barang dan perkhidmatan termasuk tambang bas sekolah juga turut menerima implikasi yang sama.

“Terima kasih Perdana Menteri kerana mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen. Katanya ini usaha kerajaan untuk mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi diesel kepada rakyat.

“Saya jangkakan beliau nak umumkan mekanisme komprehensif untuk turunkan harga barang atau mungkin pakej ekonomi serta bantuan bernilai RM4 bilion iaitu bersamaan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi.

“Namun yang diumumkan hanyalah penurunan harga telur yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta sahaja. Jangkaan saya meleset,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!