Rahmat harga telur turun

Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.
Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.
A
A
A

KENAIKAN harga diesel sebelum ini menyebabkan ramai antara rakyat bingung memikirkan peningkatan kos sara hidup lebih-lebih golongan B40 dan rentan.

Bagaimanapun, kerajaan telah memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing turun kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa Isnin, manakala di Sabah, Sarawak serta Labuan juga akan diselaraskan mengikut bahagian selain zon yang diwartakan.

Menurutnya, penampungan subsidi keperluan makanan sebanyak 10 sen sebiji telur ayam melibatkan perbelanjaan RM100 juta manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah RM927 juta.

Tambah beliau, langkah itu selaras dengan perkembangan semasa yang menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.

Pada pandangan penulis, langkah menurunkan harga telur menunjukkan usaha kerajaan bagi membantu golongan sasar supaya mereka berpeluang untuk mendapatkan protein dan vitamin yang mencukupi, khususnya kanak-kanak.

Sebelum ini, menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2016, kadar bantut di Malaysia adalah kira-kira 21 peratus iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada keseluruhan kelaziman tujuh peratus tahun itu di negara berpendapatan sederhana yang mana Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Menurut kajian itu lagi, bilangan kanak-kanak bantut di bawah umur lima tahun meningkat daripada 17.7 peratus pada 2015 kepada 21.8 peratus pada 2019.

Artikel Berkaitan:

Penurunan sebanyak 3 sen itu bukan jumlah yang besar tetapi ia mampu menghadirkan senyuman kepada pengguna.

Penulis tidak menafikan meskipun harga sumber protein itu turun namun peningkatan kos sara hidup tetap terasa lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan ibu kota.

Pada 9 Jun lalu, selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel kebanyakan peniaga dan pengguna begitu takut jika ia akan memberi implikasi terhadap kewangan serta kos.

Namun jika dilihat respons pengguna di media sosial, rata-rata meluahkan rasa syukur apabila kerajaan menurunkan harga telur untuk setiap gred.

Namun, penurunan harga tersebut perlu dikawal pembelian dari masa ke masa kerana dikhuatiri terdapat pihak yang mengambil kesempatan.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu melakukan pemantauan berkala.

Ia bagi memastikan tiada ketirisan yang berlaku bagi memastikan hasrat kerajaan untuk membantu golongan B40 dan rentan dapat dilaksanakan dengan baik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!