[VIDEO] Sebak... dua sahabat bertemu selepas 46 tahun terpisah

Tangkap layar video pertemuan dua sahabat yang menyentuh hati ramai netizen.
Tangkap layar video pertemuan dua sahabat yang menyentuh hati ramai netizen.
A
A
A

IPOH - Pertemuan semula dua sahabat yang terputus hubungan selama 46 tahun membuatkan ramai menangis tatkala melihat keakraban mereka berpelukan antara satu sama lain.

Momen meruntun jiwa itu dikongsi seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Akashah di Twitter.

Menerusi statusnya, "Tengok la abah saya jumpa balik kawan lama, saya pula yang bergenang air mata, saya mengharapkan persahabatan seperti ini," ciapnya.

Akashah berkata, bapa dan rakannya itu berkawan sejak bertugas dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai anggota komando.

"Mereka berkawan sejak bekerja askar komando dulu, ini dah 46 tahun mereka tak berjumpa. Mohon doakan kesihatan mereka. Amin.

"Abah orang Melaka, kawan dia orang Ipoh, sebab ini abah pergi jelajah ke utara cari kawan-kawan lama dia," jelasnya.

Paparan Twitter Akashah tular di laman sosial.
Paparan Twitter Akashah tular di laman sosial.

Video berdurasi 45 saat itu mendapat lebih 200,000 tontonan, diulang kongsi 15,000 kali dan 18,900 tanda suka daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Paparan video itu jelas sekali memaparkan mereka sangat merindui antara sama satu sama lain, pelukan erat beberapa kali dan genggam erat tangan antara satu sama lain tidak terlepas seolah-olah memberi isyarat mereka cukup gembira bila bertemu.

Netizen terharu melihat video itu dan rata-ratanya melahirkan rasa syukur di atas pertemuan itu serta menyifatkan mereka bersahabat kerana ALLAH.

"Dua orang yang bersahabat kerana ALLAH," kata Tok Ketua.

Kata Ainsya, "Tengok video ini, terdetik dalam hati, macam mana la saat kita dipertemukan semula dengan sahabat baik dan keluarga kita di syurga? Jumpa balik kat dunia pun dah seronok, di syurga mesti lagi bahagia, terharukan. Syurga kot, moga ALLAH menyatukan kita semua di syurga. Amin."

"Mereka adalah sahabat sejati. Saya harap saya akan seperti mereka," kata Tira.