Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

Allahyarham Ariah
Allahyarham Ariah
A
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya di kediamannya di sini hari ini pada usia 86 tahun, kata anaknya, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad.

Tengku Fuad berkata, kehidupan ibunya dicirikan sebagai satu kecemerlangan dan perkhidmatan.

Peguam itu berkata, ibunya pernah menjadi kapten Pasukan Olahraga Jesselton, dinobatkan sebagai Miss Jesselton 1956, seorang juruhebah radio, wartawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Menteri Perkhidmatan Sosial Sabah dan Timbalan Ketua Menteri Sabah antara lain.

"Tetapi melebihi segalanya, dia adalah seorang ibu dan nenek mengagumkan yang kami semua sayangi dan kehilangannya sangat dirasai. Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-Nya kita kembali.

"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa-dosanya dan ditempatkan di Jannatul Firdaus dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Allahyarham Ariah yang dikenali rakan rapatnya sebagai Irene Pritchard, adalah isteri kepada Allahyarham Brig Jen Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin.

Allahyarham Ariah menjadi ADUN Kawang dari 1986 hingga 1995 dan pada 1993 beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga ahli pengasas Persatuan Wanita Sabah (Pewasa). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!