Netanyahu ulang janji kempen pilihan raya

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi ikrar beliau untuk merampas Lembah Jordan dan Tebing Barat ketika kempen pilihan raya ketiga dalam tempoh setahun yang akan diadakan di wilayah itu pada Mac ini.

Menerusi ucapan ketika perasmian kempen pilihan raya Parti Likud di Baitulmaqdis semalam, Netanyahu sekali lagi berjanji mahu meletakkan kedaulatan Israel di Lembah Jordan dan utara Laut Mati tanpa sebarang penangguhan dan keputusan veto oleh ahli Parlimen Pakatan Senarai Bersama, Ahmad Tibi yang menentang keras langkah tersebut.

"Kita akan melaksanakan undang-undang Israel di seluruh penempatan Yahudi tanpa sebarang pengecualian," ujarnya.

Janji sama itu dibuat beberapa jam selepas pesaing utamanya, Benny Gantz daripada Parti Biru dan Putih untuk mengambil langkah sama ke atas Lembah Jordan jika beliau memenangi pilihan raya tersebut yang berlangsung pada 2 Mac depan.

Bagaimanapun, Netanyahu menggesa Gantz supaya tidak menunggu sehingga pemilihan tamat sebaliknya sedia menyokong jika dikemukakan kepada Knesset untuk proses undian.

Gantz menerusi Twitter memaklumkan beliau tidak mahu tergesa-gesa kerana mereka perlu berbincang mengenai imuniti sebelum mengambil langkah seterusnya.

Ketika Pilihan Raya Umum pada September lalu, Netanyahu berjanji untuk merampas bahagian penting di Tebing Barat, Lembah Jordan dan blok penempatan haram utama dengan penyelarasan bersama Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel Berkaitan: