Misi Gaza, runding dengan Wisma Putra dahulu - Menteri Luar

Mohamad ketika menyampaikan sumbangan berkenaan pada Jumaat.
Mohamad ketika menyampaikan sumbangan berkenaan pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan untuk misi bantuan ke Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra bersedia untuk berunding dan memberi nasihat mengenai bantuan ingin disalurkan menerusi saluran yang betul.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku sekali gus menjamin tahap keselamatan mereka berikutan keadaan di negara itu amat tidak menentu ketika ini.

“Jangan pandai-pandai ke sana, perlu berunding dengan kita bila keadaan sesuai, macam mana nak masuk sebab kita dah ada saluran kita. Kita bekerjasama dengan Jordan, Qatar dan Egpty...k alau apa-apa berlaku, kementerian luar juga akan dipertanggungjawabkan.

Mohamad menyampaikan sumbangan berkenaan kepada penerima di Dewan Orang Ramai, Rantau pada Jumaat.
Mohamad menyampaikan sumbangan berkenaan kepada penerima di Dewan Orang Ramai, Rantau pada Jumaat.

“Bukan kata tak boleh pergi bantu, banyak bantuan boleh beri... jadi kita ikut secara bersistematik... keadaan di sana walaupun dikatakan zon selamat tetapi terus digempur, khemah pelarian dan konvoi bantuan pun dibom, ada juga sukarelawan kita yang terkorban," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Penyampaian Bantuan dan Bersama Rakyat di Dewan Orang Ramai, Rantau pada Jumaat.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, rakyat Malaysia yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan berkenaan kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang diuruskan Wisma Putra.

Artikel Berkaitan:

“Bantuan amat diperlukan, kadang-kadang ada yang bagi bantuan pakaian, kalau boleh beri wang ringgit, kita akan belikan, yang penting sekarang mereka perlukan peralatan perubatan dan khemah kerana rumah sudah hancur,” katanya.

Antara penerima sumbangan yang hadir pada program itu di Rantau pada Jumaat.
Antara penerima sumbangan yang hadir pada program itu di Rantau pada Jumaat.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Mohamad berkata, kesemua enam anggota EMT Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Misi Gaza: runding dengan Wisma Putra dahulu - Menteri Luar #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Palestin #Gaza #Bantuan #NGO #WismaPutra #MohamadHasan

Dramatic Epic Orchestra - BFCmusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!