X

Kindly register in order to view this article
!

Penyamun mabuk bawa bom tangan palsu ketika menyamun

Bom tangan palsu yang dirampas daripada suspek ketika cuba menyamun sebuah rumah di Taman Intan Jaya, Kapar, Klang semalam.
A
A

KLANG - Seorang penjenayah dicekup dalam keadaan mabuk ketika sedang melakukan samun di sebuah rumah di Taman Intan Jaya, Kapar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu disedari penghuni rumah terbabit selepas kediamannya itu mengalami gangguan elektrik.

Menurutnya, pengadu bersama rakannya telah membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan berselerak selain pintu gril terbuka disyaki diumpil.

"Setelah pintu gril dikunci semula, pengadu telah membuat pemeriksaan di tingkat atas rumah sebelum terserempak dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik dengan bersenjatakan pisau.

"Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dengan pengadu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu berada dalam keadaan khayal dipercayai pengaruh minuman keras.

Empat motosikal terbakar dalam kejadian di Apartment Venus, Taman Kapar Setia, Klang awal pagi tadi.
Empat motosikal terbakar dalam kejadian di Apartment Venus, Taman Kapar Setia, Klang awal pagi tadi.

Katanya, pihaknya turut merampas sebilah pisau dan satu bom tangan palsu.

"Semakan juga mendapati suspek yang kini direman tujuh hari sehingga 28 Januari untuk siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan itu memiliki 10 rekod lampau kes jenayah," katanya.

Sementara itu, dalam kes berlainan, polis giat mengesan individu yang terlibat dalam kes kebakaran melibatkan empat buah motosikal membabitkan kerugian RM15,000 di Apartment Venus, Taman Kapar Setia di sini, kira-kira jam 4.40 pagi hari ini.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan bau minyak petrol. Dua buah motosikal hangus terbakar dan dua lagi alami kebakaran kecil (20 peratus)," katanya.