Serangan Ulu Tiram: 5 ahli keluarga suspek kekal ditahan bawah SOSMA

Saifuddin pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat secara medan dan posthumous di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Astro AWANI
Saifuddin pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat secara medan dan posthumous di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Astro AWANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor kekal ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis boleh menggunakan undang-undang tersebut untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku.

"Buat masa ini mereka kekal seperti diumumkan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) iaitu ditahan di bawah SOSMA.

"Undang-undang itu membolehkan kita untuk guna pakai dan (untuk) maksud proses (siasatan) yang berlaku untuk membolehkan siasatan berlangsung.

"Mereka juga ada pilihan untuk membawa peguam kerana SOSMA membenarkan untuk (suspek) berbuat demikian," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Beliau sebelum itu hadir Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Menteri Dalam Negeri Bersama PDRM di Pusat Latihan Polis Malaysia (Pulapol) di sini.

Pada 24 Mei lalu, Razarudin berkata, kesemua suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan semula di bawah SOSMA selepas tempoh reman mereka berakhir.

SOSMA membenarkan penahanan mana-mana suspek selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi 17 Mei lalu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Sementara itu Koperal Mohd Hasif Roslan cedera akibat tembakan di bahu kiri dan pinggul berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Penyerang terbabit maut ditembak dalam kejadian berkenaan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!