Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria, Australia

Sebuah ladang itik komersial baru-baru ini diuji positif untuk strain H7N3 yang mempunyai kepatogenan tinggi. Foto hiasan
Sebuah ladang itik komersial baru-baru ini diuji positif untuk strain H7N3 yang mempunyai kepatogenan tinggi. Foto hiasan
A
A
A

SYDNEY - Pihak berkuasa tempatan di negeri Victoria, Australia melaporkan bahawa virus selesema burung telah dikesan di ladang keenam, yang sudah dalam kuarantin, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Agriculture Victoria memaklumkan bahawa sebuah ladang itik komersial baru-baru ini diuji positif untuk strain H7N3 yang mempunyai kepatogenan tinggi.

Ladang terlibat terletak dalam kawasan terhad semasa di Golden Plains Shire, di mana sekatan pergerakan sudah dilaksanakan.

Menurut agensi kerajaan itu, semua itik di ladang terlibat akan dilupuskan dengan berperikemanusiaan di bawah pengawasan ketat dan mengikut dasar berkaitan, sementara kawasan berkenaan juga akan dibersihkan dan dibebaskan daripada jangkitan.

Ketua Pegawai Veterinar negeri, Graeme Cooke berkata, pengesanan ini tidak mengejutkan memandangkan kedudukan ladang terlibat berdekatan dengan premis yang sudah dijangkiti (IP).

"Kami telah mewujudkan kawasan terhad dan kawalan berdekatan dengan IP sedia ada yang telah membantu kami mengehadkan penyebaran dan cepat mengesan IP keenam melalui aktiviti pengawasan yang menyeluruh," kata Cooke.

Pada akhir Mei, wabak selesema burung mula-mula disahkan di sebuah ladang telur berhampiran Meredith, sebuah bandar yang terletak kira-kira 90 km barat Melbourne. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!