MB Pahang dibenarkan pulang dari IJN

Wan Rosdy dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di IJN sejak 7 Jun lalu. Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di IJN sejak 7 Jun lalu. Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang pada Jumaat selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 Jun lalu.

Perkembangan itu dikongsikan Wan Rosdy menerusi hantaran Facebook rasminya.

"Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang tengah hari tadi (Jumaat) setelah menjalani prosedur pembedahan di IJN.

"Buat masa ini saya dinasihatkan untuk banyakkan berehat serta perlu menjalani rawatan susulan," ujarnya.

Sementara itu, Wan Rosdy berterima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat beliau selama lapan hari berada di IJN.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

"Insya-ALLAH, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa. Semoga ALLAH SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!