Kipre tak sangka hatrik

Kipre (kiri) dikawal ketat oleh pertahanan Tai Po FC. - Foto Ahmad Zaki Osman
Kipre (kiri) dikawal ketat oleh pertahanan Tai Po FC. - Foto Ahmad Zaki Osman
A
A
A

PENYERANG Kedah, Kipre Tchetche, tidak menyangka mampu melakarkan hatrik membantu pasukannya menjinakkan Tai Po FC 5-1 pada pusingan kedua Kelayakan AFC Champions League (ACL) 2020 di Stadium Darul Aman semalam.

Menurutnya, setiap peluang dimanfaatkan dengan baik untuk menjaringkan gol dan berharap rakan-rakannya yang lain mampu melakukan perkara sama pada perlawanan seterusnya.

"Kami sudah bersedia dan melakukan persiapan baik lebih sebulan untuk perlawanan kelayakan ACL 2020 ini.

"Saya gembira kita beraksi sebagai sebuah pasukan untuk mendapatkan kemenangan seperti yang diharapkan dan tidak menjangkakan dapat menjaringkan gol seawal minit ke-3," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman semalam.

Beliau berkata, beliau berada pada kedudukan terbaik untuk melakukan percubaan dan memanfaatkan ruang itu menjaringkan gol pertama Kedah.

"Saya hanya mencuba selepas berada di dalam keadaan yang sesuai melakukan percubaan menjaringkan gol. Kami pada sesi latihan juga sebenarnya memang akan sentiasa melakukan percubaan jarak jauh," katanya.

Pemain kelahiran Ivory Coast ini berkata, persefahaman yang tinggi di antara pemain juga turut menyumbang kepada kemenangan tersebut.

Katanya, kem Kedah sudah bersedia dan melakukan persiapan baik lebih sebulan dengan menghadapi beberapa perlawanan persahabatan dan jelajah di Kemboja bagi perlawanan kelayakan ACL 2020.

Artikel Berkaitan:

Dua lagi jaringan penyerang berusia 32 tahun itu muncul pada minit ke-21 dan 90.

Kedah dijadualkan bertemu kelab Korea Selatan, FC Seoul bagi aksi pusingan ketiga di laman lawan pada 28 Januari ini.