PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan

Zayn Rayyan dan Faisal Halim
Zayn Rayyan dan Faisal Halim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah untuk melakukan siasatan rapi ke atas kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Berucap di Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memahami keresahan keresahan rakyat berhubung kezaliman terbabit.

"Sekarang riuh rendah mengenai kes penderaan pemain bola sepak, pembunuhan seorang kanak-kanak OKU.

"Kita prihatin, saya kebetulan Perdana Menteri tetapi saya juga manusia.

"Saya hendak tahu mengapa sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak," katanya di sini pada Jumaat.

Menurutnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah dipanggil beliau berhubung perkara tersebut.

“Sekarang ini dalam TikTok, semua jadi hakim. Serang dan menghukum terus kata kita melindungi. Apa yang melindungi?

“Saya pernah panggil Ketua Polis Negara ke pejabat, saya minta disegerakan. Kemudian semalam saya panggil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, saya tidak boleh campur dengan kata cari jalan hukum orang ini.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi Saya kata cari jalan siasat dengan rapi. Itu yang saya kata,” katanya.

Pada Khamis, Faisal Halim yang juga pemain bola sepak Selangor FC muncul kali pertama di khalayak selepas lebih sebulan disimbah asid sulfurik pekat pada 5 Mei lalu.

Menerusi sidang akhbar, beliau mahu individu yang melakukan jenayah terbabit diheret ke muka pengadilan secepat mungkin.

Kes melibatkan pembunuhan Zayn Rayyan juga mencuri tumpuan negara apabila ibu dan bapanya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Kes #Jenayah #Bunuh #ZaynRayyan #SimbahAsid #FaisalHalim #PMX #AnwarIbrahim #Polis #PDRM

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!