Pembunuh sebenar Zayn Rayyan kembali jadi tanda tanya

Zayn Rayyan
Zayn Rayyan
A
A
A

PENGAKUAN tidak bersalah oleh ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu membuatkan identiti sebenar pembunuh utama kembali jadi tanda tanya.

Ia selepas peguam yang mewakili pasangan berkenaan, Fahmi Abd Moin memaklumkan, pertuduhan yang dijalankan melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis, bukannya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Bagaimanapun pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 pada Khamis selepas hampir dua minggu ditahan.

Pembebasan itu pastinya memberi 1001 kelegaan buat seluruh keluarga Zayn Rayyan terutama ibu bapanya, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang sebelum ini ditahan reman bersabit kes tersebut.

@sinarharianonline

Pembunuh sebenar Zayn Rayyan kembali jadi tanda tanyaDrama pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin belum berakhir selepas ibu bapa kanak-kanak autisme itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tidak didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sebaliknya sekadar dituduh mengabaikan anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun. Persoalannya, siapakah pembunuh sebenar Zayn Rayyan? Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pasukannya telah bekerja siang dan malam selama enam bulan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun akur dengan kekangan bukti yang diperoleh setakat ini. Muzik: Introspection daripada Bensound.com Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #ICYMI #ZaynRayyan #Autisme #PDRM #JSJBukitAman

original sound - Sinar Harian

Perkembangan terbaharu ini juga sekali lagi menyaksikan identiti atau pembunuh sebenar kepada kanak-kanak malang itu kembali menjadi tanda tanya.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata warganet juga tidak kurang sibuknya membuat pelbagai analisis dan andaian mengenai kes pembunuhan penuh tragis yang mendapat liputan meluas seluruh negara itu selepas pelbagai 'plot twist' mengenainya dilaporkan.

Namun, disebalik keghairahan untuk melihat kes ini diselesaikan segera, perlu diingat banyak hati yang perlu dijaga kerana setiap kata-kata dilemparkan tanpa asas kesannya begitu berat kepada emosi seseorang itu.

Tidak dinafikan semua pihak mahukan keadilan buat kanak-kanak malang itu, namun tidak perlulah terlalu berlebihan serta biarkan pihak berkuasa khususnya polis yang diketahui mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi melaksanakan tugas mereka.

Jika kita yang tiada pertalian apa-apa dengan Zayn Rayyan begitu besar harapan untuk melihat kes ini diselesaikan, apatah lagi keluarganya terutama Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Jadi, berpada-padalah dalam membuat komen atau hantaran. Sama-samalah kita berdoa kes ini dirungkai dan pembunuh sebenar segera dibawa ke muka pengadilan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!