Pertuduhan ibu bapa Zayn Rayyan libatkan pengabaian bukan penderaan - Peguam

Fahmi (kiri) ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis - FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR
Fahmi (kiri) ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis - FOTO: SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PETALING JAYA - Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pertuduhan yang dijalankan pada hari ini melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis.

"Dalam pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh hanya menyatakan pengabaian dan bukan penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.

"Pertuduhan dijalankan berdasarkan bukti yang ada berdasarkan keterangan pihak pendakwaan, buat masa ini, itulah pertuduhannya dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak terhenti.

"Kami yakin pihak polis akan terus jalankan siasatan bagi mencari pelaku sebenar sehingga boleh dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret supaya masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan, Fahmi berkata, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Siapakah si pelaku yang sanggup membunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin? Ia masih menjadi misteri dan teka teki buat rakyat Malaysia setelah pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal. Hari ini, mereka disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Berikut kronologi kes yang menjadi tumpuan sejak minggu lalu. Muzik: Veace D - Flash dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #ZaynRayyan #IbuBapa #Mahkamah #fyp

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!