Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah

Suasana ketika jemaah haji bermalam di Muzdalifah. Gambar hiasan
Suasana ketika jemaah haji bermalam di Muzdalifah. Gambar hiasan
A
A
A

MAKKAH - Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang ‘lembut’ menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah bagi kemudahan jemaah haji terutamanya warga emas.

Timbalan Menteri berkaitan, Tareq bin Ziyad Al-Shami berkata, laluan sepanjang 1,000 meter (m) dengan kelebaran 15m itu diperbuat daripada bahan campuran iaitu bitumen, asfalt dan getah yang menjadikan permukaan laluan itu tidak keras dan selesa untuk berjalan.

Permukaan laluan itu juga dicat dengan warna kelabu terang khas yang melekat pada asfalt dan mampu mengurangkan haba antara 13 hingaa 15 darjah Celcius lebih rendah.

"Orang ramai boleh berjalan kaki dari Arafah ke Muzdalifa menggunakan laluan ini dan tanpa berasa sakit lutut atau kurang tekanan pada lutut...seperti anda tahu orang yang sudah berumur apabila mereka berjalan, mereka sakit lutut dan sakit belakang, kami mahu menghasilkan sesuatu yang memudahkan mereka berjalan kaki,” katanya.

Menurut Tareq, pihaknya akan menambah baik produk baharu (laluan pejalan kaki) itu dari semasa dan berharap laluan itu dapat diperluaskan untuk mengubungkan Muzdalifah dengan Mina pada masa akan datang demi keselesaan jemaah haji. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!