Mike, Natasha dinobat Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2023

Atlet Bina Badan Negara Datuk Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah dan Atlet Tenpin Boling Natasha Mohamed Roslan (kanan) dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2023 pada Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama

A
A
A

JAGUH bina badan, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus menoktahkan penantian beliau yang mesra disapa Mike untuk memenangi anugerah sukan terunggul negara selepas gagal dalam lima edisi lalu iaitu pada 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2022.

Atlet berusia 51 tahun itu muncul juara dunia buat kali keenam di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada November tahun lalu.

Mike yang ditemui media terharu dan tidak menyangka impiannya untuk meraih gelaran tersebut akhirnya tercapai.

“Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih ALLAH. Ia satu pencapaian tertinggi dalam karier saya. Ia umpama mimpi dan realiti menjadi kenyataan,” katanya.

Menerusi kemenangan itu menjadikan Mike atlet bina badan negara yang ketiga dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan selepas Datuk Malek Noor dan Sazali Samad.

Sepanjang penglibatan dalam bina badan, Mike berjaya memenangi gelaran juara dunia dan juara Asia sebanyak enam kali serta merangkul pingat emas (kategori fizikal) di Sukan SEA Vietnam ke-31 pada 2022.

Pada 2022, Mike juga dipilih sebagai Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Malaysia (SAM).

Artikel Berkaitan:

Dia yang mengumumkan persaraannya pada Mac lalu mengenepikan empat lagi calon akhir termasuk atlet ekuestrian yang memenangi pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil.

Turut tersenarai adalah jaguh skuasy, Ng Eain Yow yang turut memenangi emas di Hangzhou, Muhammad Arif Afifuddin Ab Malek (karate) dan Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling).

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama Olahragawan Kebangsaan Datuk Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah (dua, kiri) dan Olahragawati Kebangsaan Natasha Mohamed Roslan (dua, kanan) pada Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam pada itu, anugerah Olahragawati Kebangsaan pula menjadi milik atlet boling, Natasha Mohamed Roslan.

“Saya berasa terkejut dan tidak sangka memenangi anugerah besar ini. Syukur kepada ALLAH.

“Sejak kecil saya menjadikan Datuk Shalin (Zulkifli) sebagai idola. Alhamdulillah impian saya tercapai,” katanya.

Natasha menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait pada 9 Oktober tahun lalu.

Dia mengetepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik pada aksi yang berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.

Calon lain bagi anugerah itu ialah Nur Amisha Azrilrizal (Muay Thai), Nur Syazrin Mohamad Latif (pelayaran) dan Nurul Alyani Jamil (boling padang).

Sebagai rekod, kali terakhir atlet boling wanita merangkul Olahragawati Kebangsaan adalah menerusi Shalin pada 2002.

Gelaran Olahragawan sebelum ini menjadi milik bekas juara dunia beregu lelaki badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Olahragawati Kebangsaan pula menjadi milik gimnas negara, Ng Joe Ee.

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing menerima piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000.

Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2023

1) Olahragawan Kebangsaan - Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan)

2) Olahragawati Kebangsaan - Natasha Mohamed Roslan (boling)

3) Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Bonnie Bunyau Gustin (para powerlifting)

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tengah) menyampaikan piala kepada atlet Para Berbasikal Negara Nur Suraiya Muhammad Zamri (dua, kiri) dan Farina Shawati Mohd Adnan (dua, kanan) selepas dinobatkan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama

4) Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Nur Suraiya Muhamad Zamri (para berbasikal), Farina Shawati Mohd Adnan (jurumudi)

5) Pasukan Lelaki Kebangsaan - Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Ahmad Muaz Mohd Fisol (boling - beregu lelaki)

6) Pasukan Wanita Kebangsaan - Aleena Ahmad Nawawi dan Nur Ain Nabilah Tarmizi (lawn bowls - beregu wanita)

7) Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Zuraidi Puteh (lawn bowls)

8) Jurulatih Wanita Kebangsaan - Chai De-Choo@Wendy Chai (boling)

9) Tokoh Sukan - Datuk Dr P S Nathan

- Memegang jawatan Presiden Persatuan Sukan Tenpin Boling paling lama.

- Pengasas MTBC dan pernah membawa sukan boling negara ke tahap tinggi pada era 90-an.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan kepada Bekas Menteri Belia dan Sukan Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus (dua, kiri) pada Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil malam ini.Foto Bernama

10) Kepimpinan Sukan - Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus

- Menjadi pemimpin sukan selama 14 tahun dalam sukan olahraga dan giat dalam sukan rekreasi selepas bersara sebagai Presiden Persatuan Kembara Negara.

- Pernah mendaki Gunung Everest sehingga paras ketinggian 7,200 meter.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Khas kepada atlet sukan permotoran (mini GP) negara Qabil Irfan Azlan (dua, kiri) pada Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama

11) Anugerah Khas - Qabil Irfan Azlan (Permotoran Mini GP)

- FIM Min GP Siri Dunia 21-23 November di Sepanyol - pingat emas

- Perlumbaan 1 - 25 mata dan Perlumbaan 2 - 25 mata

- Perlumbaan Super Final (50 mata)

- Kategori 160cc

- Umur 10 - 14 tahun

- Special Olympics Malaysia (Pasukan Malaysia berjaya capai sasaran tiga pingat emas di Special Olympics Games Berlin 2023. 18 pingat keseluruhan - 4 emas, 5 perak dan 8 gangsa).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!