UNRWA beri amaran bencana alam sekitar, risiko kesihatan di Gaza

Lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Foto AFP
Lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata, setakat 9 Jun, lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza, menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan.

"Kanak-kanak pula menyelongkar sampah setiap hari.

"Akses kemanusiaan tanpa halangan + #CeasefireNow adalah penting untuk memulihkan keadaan hidup yang berperikemanusiaan," katanya.

Serangan berterusan tentera rejim Israel di darat, laut dan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah mengakibatkan kematian lebih 37,202 orang dan mencederakan 84,932 yang lain manakala ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan. - Bernama-WAFA

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!