MBSA pecah tanjakan haram di Jalan Apollo

MBSA menggesa pemilik premis untuk merujuk kepada pihak berkuasa tempatan itu bagi tujuan penyewaan tempat letak kereta sebelum membina sebarang tanjakan.
MBSA menggesa pemilik premis untuk merujuk kepada pihak berkuasa tempatan itu bagi tujuan penyewaan tempat letak kereta sebelum membina sebarang tanjakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemilik premis hanya mampu melihat tanjakan simen dibina di hadapan kedainya dipecahkan di Jalan Apollo, DG U5/CF, Seksyen U5 di sini.

Tanjakan simen haram itu dipecahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah mendapati ia dibina tanpa mendapat sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan tersebut.

MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi itu dilaksanakan kakitangan Seksyen Hasil, Jabatan Kewangan dan dibantu anggota Penguatkuasa dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan.

Operasi membabitkan kakitangan Seksyen Hasil, Jabatan Kewangan dan dibantu oleh anggota Penguatkuasa dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan
Operasi membabitkan kakitangan Seksyen Hasil, Jabatan Kewangan dan dibantu oleh anggota Penguatkuasa dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan

"Operasi memecah tanjakan (ramp) tanpa kelulusan dijalankan di tempat letak kereta di Jalan Apollo, DG U5/CF, Seksyen U5 Shah Alam.

"Operasi membabitkan kakitangan Seksyen Hasil, Jabatan Kewangan dan dibantu oleh anggota Penguatkuasa dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan," katanya kenyataan di laman Facebook MBSA.

Dalam pada itu, MBSA menggesa pemilik premis untuk merujuk kepada pihak berkuasa tempatan itu bagi tujuan penyewaan tempat letak kereta sebelum membina sebarang tanjakan.

"Untuk sebarang sewaan petak letak kereta di kawasan MBSA sila hubungi Seksyen Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1658/ 1540/ 1521 atau 1757," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!