Peguam mohon perintah larangan bersuara kes Zayn Rayyan

Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat
Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat
A
A
A

PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret di sini pada Khamis agar masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata demikian selepas Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu hingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

Semasa prosiding, beliau yang mewakili Zaim Ikhwan, 29, berkata, kenyataan berkenaan boleh menimbulkan ‘subjudice’ terhadap kes berkenaan.

“Sebelum mereka dituduh pagi ini, terlalu banyak kenyataan di sosial media sehingga memberi kesan bagi pihak pembelaan.

“Jadi, kami minta perintah larangan itu terhadap masyarakat umum,” kata peguam itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron menyerahkannya kepada budi bicara mahkamah.

Menurutnya, pendakwaan mencadangkan perintah sama dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Bagaimanapun, permohonan pembelaan berhubung perintah itu terlalu umum, had kebebasan bersuara dinikmati oleh semua orang.

“Jika berlaku pelanggaran, apakah remedi yang boleh diambil dalam kes ini?” soal pendakwaan.

Beliau berkata, sekiranya perintah larangan dibuat, golongan sasaran yang lebih tepat perlu dinyatakan.

Artikel Berkaitan:


Setelah mendengar permohonan itu, Hakim, Dr Syahliza Warnoh hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes pengabaian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan sahaja.

Sebelum ini, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Peguam mohon perintah larangan bersuara kes Zayn Rayyan Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Kes #Jenayah #Bunuh #ZaynRayyan #KanakKanak #Autisme #Mahkamah #Peguam #MediaSosial #Kenyataan #PerintahLarangan

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!