Ibu bapa Zayn Rayyan akan didakwa hari ini

Fahmi (kiri) ketika dihubungi berkata ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autism akan didakwa di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.
Fahmi (kiri) ketika dihubungi berkata ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autism akan didakwa di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autism akan didakwa di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata demikian ketika dihubungi, selepas tempoh reman mereka berakhir pada Khamis.

Bagaimanapun beliau berkata, pembelaan tidak dimaklumkan mengenai peruntukan pertuduhan yang akan dibuat kelak.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Sejak jam 7 pagi, orang ramai termasuk pengamal media berkumpul di luar Kompleks Mahkamah ini bagi mendapatkan perkembangan terkini kes bunuh kanak-kanak istimewa tersebut.

Setakat ini, orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali pihak yang mempunyai urusan di mahkamah tersebut, selepas bangunan kehakiman berkenaan dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!