Op Selamat: Empat lelaki positif dadah ditahan

Empat lelaki yang dikesan positif dadah dalam operasi Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Shah Alam, Shah Alam, semalam.
Empat lelaki yang dikesan positif dadah dalam operasi Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Shah Alam, Shah Alam, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Empat lelaki ditahan pihak berkuasa dalam Op Selamat 16 Tahun Baru Cina semalam di Plaza Tol Shah Alam di sini kerana positif dadah.

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an dan bekerja sebagai pemandu, kelindan lori dan pekerja kontrak.

Jurucakap polis berkata, dalam operasi sehingga jam 1 petang itu, sebanyak 63 saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan ialah tidak mempunyai lesen memandu membabitkan 21 saman, cukai jalan tamat tempoh (16), tiada lesen GDL (5) dan lain-lain kesalahan seperti nombor pendaftaran, lampu brek, tayar botak dan ubai suai.

Polis melaksanakan operasi Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Shah Alam, Shah Alam, semalam.
Polis melaksanakan operasi Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Shah Alam, Shah Alam, semalam.

"Polis memeriksa 85 pemandu sepanjang operasi berkenaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Operasi membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 10.30 pagi dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan EMPV Elite.

Tambahnya, Op Selamat 16 yang berkonsepkan 'total enforcement' ini mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang bagi mengelakkan risiko berlaku kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan: