'Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British'

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani Perjanjian MacMichael dengan menyerah negeri itu kepada British, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dalam perjanjian itu, hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.

Kata Dr Mahathir, perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

"Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.

“Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.

"Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan dalam Demokrasi Berparlimen. Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives)," kata Dr Mahathir dalam hantaran di akaun media sosialnya pada Rabu.

Kenyataan Dr Mahathir itu dilihat sebagai maklum balas terhadap titah dikeluarkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berhubung reformasi sistem Persekutuan dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi dan bukan kepunyaan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Isnin lalu, Tunku Ismail menggesa reformasi sistem Persekutuan dilakukan dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi serta mencadangkan parti politik di negeri itu bersatu dalam gabungan dikenali ‘Gabungan Bangsa Johor’ bagi menjamin kepentingan negeri.

Dengan melihat gabungan pemerintah di Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak yang merangkumi beberapa parti politik, Tunku Ismail berkata, negeri itu telah menggunakan kelebihan berkenaan untuk berunding lebih berkesan dengan pihak berkuasa Persekutuan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
        
Artikel Disyorkan
Nasional

Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

Sinar Harian
Play Icon
Nasional

[VIDEO] Kerajaan belum sedia laksana semula GST

Nasional

Purata suhu Semenanjung meningkat - Nik Nazmi