Misi mustahil cari 9 gol separuh masa kedua

Pemain Harimau Malaya memegang jersi Faisal Halim sebagai tanda solidariti pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027, Malaysia menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama

A
A
A

MALAYSIA berdepan tugas mustahil pada separuh masa kedua apabila perlu mencari sembilan gol selepas ketinggalan 0-1 kepada Taiwan pada separuh masa pertama aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Skuad negara yang terdesak mencari gol cuba menggerakkan serangan seawal wisel permulaan ditiupkan, namun ketiadaan hantaran dan percubaan akhir yang berkualiti menyaksikan bola gagal menembusi gawang Taiwan.

Sikap agresif Harimau Malaya mencari gol hampir dihukum Taiwan yang mendapat peluang keemasan menerusi percubaan Koume Ange Samuel pada minit kesembilan, namun tersasar ke sebelah kanan gawang pasukan negara.

Peluang gol skuad negara hanya muncul pada minit ke-18 menerusi tendangan Safawi Rasid daripada luar kotak penalti yang sedikit tersasar.

Taiwan mendiamkan Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi jaringan Yu Yao-hsing pada minit ke-20 selepas bijak melarikan bola dan menewaskan Azri Ghani.

Beberapa peluang juga berjaya diperoleh skuad negara menerusi Safawi sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan namun gagal disudahkan dengan baik.

Harimau Malaya perlu mencari kemenangan dan jaringan besar untuk mengatasi defisit gol pasukan di kedudukan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Kyrgyzstan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!