PM sumbang RM290,000 kepada masjid, surau sempena Aidiladha

Anwar
Anwar
A
A
A

NIBONG TEBAL - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan sebanyak RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini pada Selasa.

Sumbangan bersempena dengan perayaan Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam pada 17 Jun ini itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara di sini.

Shamsul Iskandar berkata, setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.

"Perdana Menteri dan kerajaan sentiasa memberi penumpuan khusus dalam penghayatan Islam supaya dapat disemarakkan oleh umat Islam terutama ketika sambutan perayaan nanti.

"Sebab itu beliau (Anwar) ambil keputusan beri sumbangan korban ini sempena semangat korban dan ibadah haji dan dalam masa sama memperkasakan akhlak, jadi Perdana Menteri beri sumbangan RM10,000 kepada setiap masjid dan surau bagi sama-sama merayakan Hari Raya Aidiladha," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian sumbangan itu.

Beliau bagi pihak Perdana Menteri juga berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan oleh masjid dan surau untuk ahli kariah mereka serta memperoleh keberkatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!