Penangan e-Tunai, penunggang motosikal guna Touch ‘n Go?

Paparan Twitter Asri Razali tular di laman sosial.
Paparan Twitter Asri Razali tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penunggang motosikal di lebuh raya mempunyai laluan khas kerana ia lebih selamat dan menggelakkan kesesakan di laluan utama yang dipenuhi kenderaan lain.

Bagaimanapun tular di laman sosial memaparkan penunggang dan pembonceng motosikal tidak melalui laluan khas sebaliknya menggunakan laluan utama hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kejadian itu tidak diketahui lokasinya namun ia berlaku pada waktu malam dan aksi mereka dirakam menerusi kamera yang diletakkan di papan kemuka kenderaan di belakangnya.

Rakaman ditonton 112,200 tontonan yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan mereka juga menggunakan Touch ‘n Go di mana pembonceng turun dari motosikal dan 'touch' ke mesin pengimbas sebelum palang tol automatik ternaik dan mereka teruskan perjalanan.

Menerusi Twitter Asri Razali, dia memberitahu, kemungkinan dua individu itu tidak tahu mahu membeli apa selepas menebus e-Wallet kerana perlu habiskan sebelum 14 Mac ini.

"Bila kamu tak tahu nak beli apa selepas tebus e-wallet tapi kena habiskan sebelum 14/3," ciapnya.

Netizen yang melihat video itu juga mempersoalkan tindakan dua lelaki berkenaan dan rata-rata memberi cadangan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli minuman, mengisi minyak dan pelbagai lagi.

"Kan boleh isi minyak motosikal, beli air minuman, topup kredit telefon, tonton wayang" ujar Bella_ela.

Artikel Berkaitan:

Ahmad pula berkata, "Lagi bagus daripada pakai kereta mahal cocok belakang kereta sebab tak nak bayar tol."

Dalam pada itu, kata Afifah dalam nada seloroh, "Kalau nanti motosikal pun kena bayar tol, ingatlah mamat dua orang ini salah satu puncanya."

Terdahulu, penggunaan Touch ‘n Go e-Wallet mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai susulan program e-Tunai Rakyat yang bermula pada 15 Januari lalu.

Sehingga kini video itu diulang kongsi 9,100 netizen dan 5,900 tanda suka.