Timbalan PM New Zealand puji reka bentuk, kemudahan Masjid Negara

Peters mengadakan lawatan ke Masjid Negara, pada Sabtu. Foto Bernama
Peters mengadakan lawatan ke Masjid Negara, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters terpesona dengan reka bentuk dan kemudahan yang terdapat di Masjid Negara di sini.

Semasa lawatannya ke Masjid Negara, Peters yang juga Menteri Luar New Zealand, melahirkan rasa kagum selepas diberi taklimat mengenai masjid itu oleh Attan Akmar, wakil Program Pemandu Pelancong Masjid dari Pusat Outreach Islam Sukarela Abim (IOAC) dan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, pada pagi Sabtu.

Attan menyambut ketibaan Peters pada jam 11 pagi. Peters kemudian dibawa melawat ke dewan solat utama Masjid Negara sambil diberi taklimat oleh Attan dan Ehsan.

Peters meluangkan masa sekitar 20 minit menjelajah masjid itu, mempelajari tentang sejarahnya, reka bentuk dan pelbagai program di Masjid Negara.

Peters yang kini dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia. Foto Bernama
Peters yang kini dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia. Foto Bernama

"Peters kagum dengan Masjid Negara. Beliau turut berkongsi pengalamannya melawat banyak masjid di pelbagai negara, tetapi beliau menyatakan bahawa Masjid Negara terserlah dengan reka bentuk moden sambil mengekalkan ciri-ciri Islam," kata Attan, yang telah berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Program Pemandu Pelancong IOAC-Masjid Negara selama tiga tahun, kepada pemberita pada Sabtu.

Masjid Negara dibina antara 1963 dan 1965. Ia mempunyai kapasiti untuk menampung 15,000 orang dan terletak di antara 5.3 hektar taman yang indah.

Peters dan delegasinya tiba di negara ini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Malaysia adalah destinasi kedua Peters dalam lawatannya ke Asia Tenggara selepas Vietnam, menunjukkan dasar New Zealand yang mengutamakan kerjasama dengan rantau yang berkembang pesat ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!