Dua penunggang motosikal maut kemalangan

Kedua-dua motosikal mangsa terbabit dalam kemalangan di Kilometer 26 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur berhampiran Jalan Tuan Mee pagi tadi.
Kedua-dua motosikal mangsa terbabit dalam kemalangan di Kilometer 26 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur berhampiran Jalan Tuan Mee pagi tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaiki bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 26 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur berhampiran Jalan Tuan Mee di sini pagi tadi.

Penunggang motosikal jenis Yamaha LC, K Umakanthan, 35, dan penunggang motosikal jenis Hyosung Cruise, Amir Omar Sarman, 59, maut dalam kejadian jam 9.20 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal Yamaha LC dari arah Kuala Selangor menghala ke Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal Hyosung Cruise dari arah bertentangan gagal mengawal motosikal sebelum bertembung dengan Yamaha LC terbabit.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah," katanya.

Penunggang motosikal Yamaha LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Hyosung Cruise meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: