Budak jual tisu kerana mahu bantu ibu cari rezeki

Paparan Instagram Pak Nil mencuri perhatian peminatnya.
Paparan Instagram Pak Nil mencuri perhatian peminatnya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak yang menjual tisu di sebuah kedai makan Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru menarik perhatian selebriti verstail, Datuk Aznil Nawawi.

Beliau berkesempatan bertemu kanak-kanak lelaki ketika beliau sedang menjamu selera dan melihat kanak-kanak tersebut mencari rezeki dari meja ke meja untuk menjual tisu.

Tersentuh hati melihat kegigihan kanak-kanak itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil memanggilnya dan beliau kelihatan sebak apabila mengetahui bahawa kanak-kanak itu sudah kehilangan bapa dan mencari rezeki untuk meringankan beban ibunya.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Pak Nil telah membeli kesemua tisu dan menghulurkan wang kepada kanak-kanak berkenaan.

Pada awalnya, Pak Nil sekadar bergurau mahu memberi 10 sen sahaja namun apa yang mengejutkan dia hanya tersenyum dan menerima seikhlas hati duit berkenaan.

Kemudian Pak Nil menghulurkan wang lebih dari itu hingga membuatkan kanak-kanak tersebut tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Sebagai 'upah' Pak Nil meminta kanak-kanak berkenaan mencium pipinya sebelum beredar dari kedai tersebut.

Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 213,722 tontonan dari peminatnya yang rata-rata sebak melihat kisah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Allahuakbar... sebak saya, moga sentiasa dalam lindungan-Nya," kata Suhaily.

Dalam pada itu, peminat juga mendedahkan pernah bertemu kanak-kanak berkenaan di lokasi berlainan dengan menjual kuih muih dan buahan.

Perkongsian tersebut juga membuatkan ramai mahu membantu keluarganya agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.