Perkenal masakan halal China di Malaysia

Bai Tian (tengah) bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua dari kiri) pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Lunar Jelajah Dunia di Kuala Lumpur malam tadi. Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Bai Tian (tengah) bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua dari kiri) pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Lunar Jelajah Dunia di Kuala Lumpur malam tadi. Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - China mengangkat keunikan makanan halal yang dimiliki negara itu ke Malaysia menerusi program Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina Lunar Jelajah Dunia yang diadakan di ibu negara malam tadi.

Duta China ke Malaysia, Bai Tian berkata, beliau yakin program itu dapat menggalakkan perkongsian budaya antara dua negara.

"Terdapat banyak makanan halal di China yang bukan hanya memenuhi selera umat Islam tetapi ia juga menjadi pilihan golongan bukan Islam," katanya ketika berucap pada program World Tour of Chinese Lunar New Year's Eve' di sini malam tadi yang dianjurkan oleh World Federation of Chinese Culinary Industry (WFCCI), Kerajaan Bandar Lanzhou, China dan Barat Mahua Group.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Penyeliaan WFCCI, Wu Li berkata, hubungan erat antara China dan Malaysia menjadi platform bagi mempromosikan budaya masakan dari negara itu.

Artikel Berkaitan: