X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan sibuk fikir siapa pengganti PM, fokus ekonomi: PMM

Ringgit
Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Pergerakan Moderat Malaysia (PMM) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberi fokus kepada cara mempertingkat lebihan ekonomi negara berbanding memikirkan tentang bila peralihan kuasa Perdana Menteri akan dilakukan.

Wakil PMM, Anas Zubedy berkata, sejak Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat Malaysia dilihat banyak menghabiskan masa dan tenaga dengan menumpukan tentang isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri walaupun tempoh perjanjian ditetapkan iaitu dua tahun masih belum dilanggar.

"Kita sibuk dengan isu peralihan kuasa Perdana Menteri seolah-olah ia adalah kunci utama kejayaan negara.

"Sedangkan apa yang kita sangat-sangat perlukan ketika ini adalah lebihan ekonomi yang besar dan bukan lebihan calon untuk kedudukan atau jawatan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, prestasi serta lebihan ekonomi sepatutnya menjadi keutamaan dan fokus kepada ahli-ahli perniagaan, kecil, besar dan sederhana.

"Ayuh kembali fokus, letakkan keutamaan kepada ekonomi dan prestasinya. Tumpukan kepada ahli-ahli perniagaan, jadikan kerja mereka lebih mudah dengan mewujudkan persekitaran untuk kejayaan perniagaan kerana semua fungsi sosial seperti pendidikan, agama, penjagaan kesihatan, perkhidmatan awam, pertahanan dan hampir semua aktiviti dilakukan manusia bergantung kepada lebihan sumber ekonomi," katanya.