Kecederaan Faizal tidak serius - Sarjit

Faizal Saari alami kecederaan ketika sesi latihan.
Faizal Saari alami kecederaan ketika sesi latihan.
A
A
A

“BOLA terkena lututnya tetapi kecederaan itu tidak serius.” Itu reaksi pengendali skuad hoki negara, Sarjit Singh ketika berkongsi perkembangan terkini tonggak serangan The Speedy Tigers, Faizal Saari yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Speedy Tigers kini berada di Poland sebagai persediaan mengharungi Kejuaraan Piala Negara-Negara yang menyingkap tirai dari 31 Mei hingga 9 Jun depan.

“Faizal kini dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika sesi latihan kira-kira dua hari lalu.

“Bola terkena lututnya, dia sepatutnya boleh pulih dengan segera,” kata Sarjit dalam satu hantaran di laman sesawang Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Kecederaan itu menyaksikan Faizal tidak diturunkan ketika Speedy Tigers tewas 1-4 kepada New Zealand dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Gniezno.

Dalam pada itu, Sarjit gembira ketibaan awal Speedy Tigers di Poland membolehkan pemain-pemain menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca serta gelanggang kejohanan.

“Saya bersyukur kerana kita tiba lebih awal di sini (Jumaat lalu) kerana pemain boleh menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca. Ia sangat panas di sini.

“Tambahan pula, permukaan padang agak tidak rata dan pemain tampak sukar untuk membiasakannya. Padangnya menggunakan rumput hijau gelap, tidak rata.

Artikel Berkaitan:

“Ia jauh berbeza dengan padang biru yang kita ada di Malaysia. Malah New Zealand juga sukar menyesuaikan diri bermain di atas permukaan sebegini. Mereka tiba di sini lebih awal daripada kami dan juga pasukan Austria.

“Saya harap pemain pantas dapat menyesuaikan diri. Untuk beberapa perlawanan, saya percaya akan ditentukan di padang ini. Walaupun kita tewas 1-4 kepada New Zealand, ia satu pengalaman berharga buat pasukan terutama enam muka baharu. Mereka semua diberikan peluang bermain,” katanya.

PIALA NEGARA-NEGARA

(31 Mei hingga 9 Jun)

KUMPULAN B

Malaysia (ranking-13)

Pakistan (ranking-16)

Perancis (ranking ke-9)

Kanada (ranking ke-20)

KUMPULAN A

Austria

Korea Selatan

New Zealand

Poland

Afrika Selatan

JADUAL PERLAWANAN

JUMAAT

Speedy Tigers lwn Pakistan

2 JUN

Speedy Tigers lwn Perancis

5 JUN

Speedy Tigers lwn Kanada

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!