'Bahasa Melayu dimartabat di bumi Korea'

Paparan Facebook Zakaria Azizi merujuk kepada sebuah papan tanda di Korea Selatan memaparkan tulisan Bahasa Melayu.
Paparan Facebook Zakaria Azizi merujuk kepada sebuah papan tanda di Korea Selatan memaparkan tulisan Bahasa Melayu.
A
A
A

SEOUL - Bahasa Melayu diangkat dan dimartabatkan di bumi Korea Selatan, kata seorang pelayar Facebook, Zakaria Azizi merujuk kepada sebuah papan tanda di Korea Selatan memaparkan tulisan Bahasa Melayu.

Zakaria berkongsi status itu dari Facebook Ummu Mu'az Yaie sebelum tular di laman sosial.

Katanya, oleh kerana kebanjiran pelancong Nusantara terutamanya dari Malaysia ke Korea Selatan saban tahun, kerajaan Korea berbesar hati meletakkan Bahasa Melayu di papan tanda bagi tujuan kesenangan pelancong yang berkunjung di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancong.

Selain Bahasa Melayu, tulisan seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Mandarin turut terpapar di papan tanda berkenaan.

Antara lokasi dan jalan yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu seperti, perhentian bas ulang alik Namsan tempat perhentian Namsam, teater Myeong-dong, Masjid Besar Seoul dan jalan perabot antik Itaewon.

Antara papan tanda tertera Bahasa Melayu di Korea Selatan.
Antara papan tanda tertera Bahasa Melayu di Korea Selatan.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang memuji kesungguhan Korea Selatan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara mereka.

"Pada saya ini petanda Korea agak yakin dengan bahasa dan budaya mereka dan tidak was-was menggunakan bahasa asing bagi tujuan praktikal," tulis Robert Lip.

Artikel Berkaitan:

Manakala Amar berpendapat, pelaksanaan tulisan Bahasa Melayu di beberapa lokasi tumpuan pelancongan di Korea Selatan dilihat bukan sebagai ancaman sebaliknya tarikan.

Kata Chom, "Sebab orang Malaysia ramai datang ke Seoul Korea, itu banyak terpampang ayat-ayat bahasa Melayu di Korea... Orang Malaysia paling ramai datang untuk lawatan."

JD Belfort 2 menambah, "Tahun lepas kalau pergi perkampungan Bukchon Hanok, ada pemandu pelancong boleh tutur dalam Bahasa Melayu dah tunjukkan Korea amat hargai pelancong dari Nusantara."