'Pasport boleh dituntut, tapi agensi pelancongan perlu bertanggungjawab'

Ena ketika pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
Ena ketika pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Anak kepada pasangan suami isteri yang terkandas 27 hari di Makkah bersyukur pasport ibu bapanya kini boleh dituntut di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Saudi Arabia.

Beliau yang dikenali sebagai Ena berkata, sebelum ini pasport ibu bapa mereka dipegang oleh agensi pelancongan yang mengendalikan umrah.

"Saya baharu sahaja menerima pemakluman daripada pegawai konsulat yang memaklumkan bahawa ibu bapa saya boleh menuntut pasport mereka bila-bila masa tanpa syarat," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Rabu.

Ena yang juga seorang peguam turut menggesa agensi pelancongan itu bertanggungjawab membayar tiket penerbangan pulang ibu bapanya selain kos pengangkutan dari Makkah ke Jeddah.

"Saya mahu mereka bertanggungjawab sepenuhnya," jelas beliau.

Ena, 31, sebelum ini mendedahkan beliau telah membuat laporan polis terhadap agensi pelancongan itu kerana gagal menyediakan visa haji untuk ibu bapa mereka yang berada di Tanah Suci sejak 2 Mei lalu.

Difahamkan agensi yang dikendalikan sepasang suami isteri dan beroperasi di Sri Serdang, Selangor turut terkait dengan kes tiga jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu selepas gagal menyediakan tiket balik ke Malaysia untuk jemaah berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!