Empat lelaki warga asing ceroboh Pusat Hidrografi Nasional TLDM diberkas

Pusat Hidrografi Nasonal, Pangkalan TLDM, Bandar Armada Putra.
Pusat Hidrografi Nasonal, Pangkalan TLDM, Bandar Armada Putra.
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Tindakan empat individu warga asing yang mengambil gambar di hadapan Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bandar Armada Putra dekat sini mengundang padah apabila diberkas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, maklumat berkaitan kejadian sebelum itu diterima pihaknya kira-kira jam 8 malam berkaitan tindakan empat suspek terbabit yang bertindak menceroboh pintu utama Pusat Hidrografi Nasional itu.

"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku ketika anggota TLDM bertugas mendapati empat lelaki terbabit sedang berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk.

"Kesemua suspek didapati berjalan kaki sampai ke hujung pintu masuk dan berpura-pura mengambil gambar sebelum mereka kemudiannya ditahan anggota TLDM yang bertugas," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kesemua suspek merupakan lelaki warga asing berumur antara 21 hingga 36 tahun.

"Kesemua suspek ditahan bersama telefon bimbit yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

"Semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian dan kertas siasatan berkaitan kes ini sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

"Polis turut menjalankan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesahkan ketulenan pasport, permit dan pergerakan keluar masuk ke negara ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!