Pemuda lemas dihanyut arus ketika memancing

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

LABUAN - Seorang pemuda lemas manakala rakannya selamat akibat dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar, di sini petang tadi.

Kejadian melibatkan Muhammad Sharulnizam Mat Sidon, 18, dari Kampung Merinding dan rakannya Suhairi Rosli, 18, dari Kampung Lubok Temiang berlaku kira-kira 5.35 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Layangan Huzyman Malikin berkata, mayat Muhamad Sharulnizam ditemukan pasukan penyelamat pada 7.40 malam, tidak jauh dari lokasi pemuda itu memancing.

Mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: