Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni

Azizulhasni ketika ditemui pada pelancaran menu bertemakan Olimpik di restoran Jepun terkenal Nobu di sini hari ini. Foto Bernama
Azizulhasni ketika ditemui pada pelancaran menu bertemakan Olimpik di restoran Jepun terkenal Nobu di sini hari ini. Foto Bernama
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yakin bahawa daya ketahanan mentalnya jauh lebih kuat berbanding sebelum ini ketika bersiap sedia menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.

Walaupun terdapat keraguan oleh beberapa pihak selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada tahun 2022, beliau percaya bahawa keadaan daya ketahanan mentalnya meningkat dengan ketara selepas mengharungi detik yang mencabar dalam kerjayanya.

Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.

"Kekuatan mental sudah mantap sebelum ini tetapi selepas mengharungi proses (pembedahan jantung), ia bertambah lebih mantap.

"Jika anda mempunyai minda dan badan yang kuat...sebarang kesukaran atau cabaran yang menghadapi saya sekarang bukanlah apa-apa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pelancaran menu bertemakan Olimpik di restoran Jepun terkenal Nobu di sini hari ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 36 tahun itu menjalani pembedahan jantung terbuka susulan mengalami msalah gantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari arota di posisi janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond di Melbourne, Australia pada April 2022.

Azizulhasni mengakui bahawa beliau sangat terkejut dengan prestasinya pada pertandingan semasa kerana pada mulanya menjangkakan penurunan prestasi apabila mencapai usia pertengahan 30-an.

"Semasa latihan di gimnasium, saya masih berasa kuat.. Kami mempunyai data yang boleh menjejaki segala-galanya, termasuk kuasa dan kelajuan saya dan jurulatih (John Beasley). ) juga terkejut (hasilnya)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 dan perak di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin berkata sistem sokongan kuat daripada keluarga, pasukan dan rakyat Malaysia adalah sebab mengekalkannya dan menjadikannya lebih kuat apabila bersaing di trek.

Beliau juga berkongsi bahawa Pengarah Sukan Kardiovaskular dan Kecergasan merangkap Pakar Perunding Kanan Bedah Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon akan mengiringinya ke Paris bagi memantu kesihatanyanya sepanjang Sukan Olimp[ik 2024.

"Dr Jeffrey Jeswant akan bersiap sedia di Paris. Ia sangat penting bagi saya untuk berasa selesa dan selamat jika berlaku apa-apa perkara,” kata juara dunia keirin 2017 itu.

Dr Jeffrey, yang bekerjasama dengan pakar bedah Australia, Dr Aubrey Almeida, memainkan peranan penting dalam 'menyelamatkan nyawa Azizulhasni' semasa pembedahan jantung terbuka di Melbourne.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!