Suruhanjaya Sekuriti tubuh ‘Social Exchange’ pertama di Malaysia

Anwar menyampaikan ucaptama semasa Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucaptama semasa Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bakal menubuhkan ‘Social Exchange’ yang pertama di negara ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan ekosistem pelaburan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan inisiatif berstruktur bagi menggalakkan penyertaan modal swasta dalam projek sosial dengan penghasilan yang positif.

“Ia bukan sahaja memanfaatkan badan bukan kerajaan (NGO), malah perusahaan sosial dan majlis agama Islam negeri,” katanya ringkas ketika berucap di Forum Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) bertempat di Pusat Konvensyen, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin; Pengerusi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Tan Sri Azman Mokhtar, delegasi antarabangsa dan pengamal media.

Forum antarabangsa anjuran Kementerian Kewangan dan BNM yang berlangsung selama dua hari dari 28 hingga 29 Mei ini merupakan kesinambungan kepada Konferens Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam ke-15 pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pihaknya bakal memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk melalui penstrukturan ‘Wakalah Bil Khadamat’.

Tambah beliau, ia akan dimuktamadkan menjelang 2025 dan kini sedang dalam proses penyusunan serta persediaan pelancaran.

“Kami akan terus berinovasi mengenai sukuk berstruktur,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!