Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak bertanggungjawab perlu telus’

Anwar selepas Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
Anwar selepas Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau mengulas sekiranya ada laporan, pihak bertanggungjawab perlu bersikap telus dalam proses siasatan.

“Yang itu kita serah kepada authorities (pihak berkuasa). Kalau ada laporan, it should be transparent in their investigations.

“Kalau ada laporan, ada siasatan dan patut ada penjelasan. Apa prosesnya? Patut dianggap kes biasa yang patut disiasat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Global Forum Islamic Economic & Finance (GFIEF) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pada Selasa.

Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility ialah suami Hannah, Ramachandran Muniandy. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak berkuasa perlu telus’ Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Nasional #Tender #HannahYeoh #RamachandranMuniandy #KerajaanSelangor #DRT #AzamBaki #SPRM #PMX #AnwarIbrahim #AsiaMobility

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!