Ten Hag pandang rendah kemampuan Slot

Ten Hag
Ten Hag
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag dilihat memperkecilkan kemampuan pengendali baharu Liverpool, Arne Slot.

Ten Hag menganggap rekod Slot di Feyenoord dalam saingan Liga Eredivisie terlalu diperbesarkan jika dibandingkan dengan tugas yang dilakukan oleh Peter Bosz yang membawa PSV Eindhoven menjuarai liga itu musim ini.

Dia yang sedang menanti nasibnya sama ada dipecat daripada United atau sebaliknya turut menyifatkan Slot bertuah kerana mewarisi pasukan Liverpool yang telah stabil daripada Jurgen Klopp.

"Orang ramai terlalu memperbesarkan tentang Feyenoord. Feyenoord stabil tahun ini tetapi bukan yang terbaik. PSV Eindhoven adalah pasukan lebih baik dalam semua bidang. Dari segi penguasaan bola, memberi tekanan dan intensiti.

“Bos dan kakitangannya melakukan yang terbaik, tetapi seluruh kelab juga disusun dengan baik. PSV Eindhoven lebih baik daripada yang lain dengan jarak yang begitu jauh, malah jauh lebih baik daripada Feyenoord.

“Klopp dan (pembantu) Pep Lijnders telah meninggalkan asas yang kukuh. Dia (Slot) datang ke kedudukan yang lebih baik.

“Dari segi struktur di kelab, dari segi pemilihan pemain dan sebagainya. Tahun lepas mereka (Liverpool) melakukan peralihan dalam pasukan," katanya.

Slot disahkan sebagai pengendali baharu Liverpool dan akan memulakan tugasnya pada 1 Jun ini bagi menggantikan Klopp yang mengambil keputusan meninggalkan kelab itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!