Beli produk Brego hanya dengan penjual berdaftar

Pembeli dinasihatkan mengimbas hologram untuk memastikan produk yang dibeli adalah asli.
Pembeli dinasihatkan mengimbas hologram untuk memastikan produk yang dibeli adalah asli.
A
A
A

PEMILIK produk suplemen kesihatan, Brego Life Sciences Sdn Bhd (Brego) menasihati orang ramai supaya membeli beberapa produknya seperti Mobithron Advance dan Bionerv dengan penjual yang berdaftar sahaja.

Brego dalam satu kenyataan berkata, terdapat lebih 50 kedai dalam talian yang menjual Mobithron Advance dan Bionerv, namun mereka tidak disahkan sebagai penjual berdaftar oleh pihak syarikat.

“Mobithron Advance dan Bionerv merupakan suplemen kesihatan yang popular, kini menjadi sasaran pengedar produk tiruan.

"Brego amat mengambil berat berkenaan isu ini kerana produk tiruan amat menyerupai produk asli jika dilihat dengan mata kasar pengguna,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk palsu berkenaan berpotensi untuk mengandungi bahan-bahan yang berbahaya atau tidak mengandungi bahan aktif yang boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pengguna.

“Pengguna juga berkemungkinan mengalami kerugian akibat membeli suplemen tiruan yang tidak berkesan atau berkualiti,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, situasi tersebut amat membimbangkan apabila semakin ramai pengguna menjadi mangsa suplemen tiruan yang dibeli secara dalam talian kerana terpengaruh dengan kemudahan dan harga yang lebih rendah.

“Ramai mangsa penjualan suplemen tiruan telah tampil memberikan maklum balas kepada pihak Brego berkenan aktiviti yang tidak beretika ini.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan individu yang tidak beretika mengambil kesempatan atas kepercayaan pengguna terhadap jenama Brego dan telah membahayakan kesihatan pengguna ini amat mengecewakan.

“Sikap mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh mengancam nyawa manusia dan memberi kesan buruk terhadap usaha syarikat dan golongan profesional dalam membantu pengguna meningkatkan kualiti kehidupan mereka,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, berikutan insiden pemalsuan Mobithron Advance dan Bionerv yang berlaku baru-baru ini, Brego telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan menghapuskan sumber pembuatan produk tiruan tersebut.

“Brego bekerjasama rapat dengan semua rakan profesional kesihatan kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini kepada pengguna.

“Kami tidak menjual sebarang produk secara dalam talian. Bagi mendapatkan sumber produk kami yang asli, pengguna digalakkan untuk membeli melalui sumber yang sah, dengan preskripsi daripada pakar kesihatan sahaja khususnya di hospital, klinik dan farmasi terpilih,” kata kenyataan itu.

"Pengguna juga boleh mengimbas hologram produk kesihatan melalui aplikasi FarmaChecker.

“Kenali pembungkusan, logo, dan ciri-ciri produk asli yang dibeli secara kerap. Perhatikan sebarang perbezaan, seperti perkataan yang salah ejaan, warna tablet, jenis huruf yang tidak biasa, atau bahan berkualiti rendah.

“Jika sesuatu tawaran kelihatan terlalu menarik, mungkin ia adalah produk tiruan. Pengeluar tiruan sering menarik pengguna dengan harga yang jauh lebih murah,” kata kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!